Sunday 1 January 2012

All our lives
We've needed to get a life
Let us live a little now
If only a moment
Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

pejam celik je da masuk tahun 2012 . ramai y sambut ambang tahun baru tadi malam . tp meera tk boleh sambut lr . meera heran la . kenapa ramai y sambut tahun baru sedangkan masa awal muhharam tk la ramai mana y sambut . sempena tahun baru ny , mesti ramai y da pasang azam baru kan ? meera pun tk ketinggalan jugak .. hihi ..

tadi malam melv han meera ada tanya apa azam meera sempena tahun baru ny . tapi meera kata , biar lr meera je y tahu . bukan apa , takut nanti kang azam je besar tp tk dpt capai . melv han pun tk kesah kalaw meera beritahu dia atau pun tidak . fuhh .. nasib baik dia ny ok je orangnya . tk memaksa meera pun ..

tp ada juga azam meera y tk tercapai masa sepanjang tahun 2011 . so , meera sambung azam meera tu pegi ke tahun 2012 ny . harap" meera dapat lr capai azam tu tahun ny . sepanjang tahun 2011 , mesti ramai kan y tk dapat penuhi semua azam . sesetengahnya laa .. so , jangan putus asa utk teruskan azam y lama tuhh . kalaw ada usaha dan doa , nescaya azam y kita pasang tu boleh tercapai nanti .

tahun 2012 ny jugak meera akan amek SPM . wooww . excited jugak meera dibuatnya . tk sabar rasanya nak masuk dewan peperiksaan nanti . hehehh . yelahh , nak buktikan kt semua orang y pernah perlekehkan meera sebelum ny y meera boleh buat lagi baik dari mereka . dalah result UPSR gn PMR meera tk memuaskan langsung bagi meera sebenarnya .. jadi , SPM lr last chance utk meera buat the best sebelum tinggalkan SMKYP nanti .

|^ 9A target meera utk SPM nanti . hihi ^|

Friday 23 December 2011

masih mengharap ^^

kenapa kita perlu mengharap dan mengharap dalam kehidupan kita
walaw pun adakalanya kita tahu perkara y kita harapkan sangat itu tk akan menjadi
tapi , kita masih lagi terus mengharap ..
peritnya hati bila kecewa dengan harapan y meninggi cuma mimpi
termasuklah insan y didamba kan menjadi milik hati
kejayaan y diimpikan hanya fantasi
dan pada saat itu , air mata mula mengalir
menangis hiba .. menanggung sakit ..
tapi , apa gunanya
kita hanya mampu menangis dan terus menangis bila lihat insan y disayangi menjadi milik orang
kejayaan y diimpikan hanyalah mimpi
dan ianya cuma mimpi
berfikirlah secara logik
dimanakah silapnya
apakah salah kita ?
atau memang takdir y menentukan ..

kelmarin meera lepak gn membe lama .  banyak story dia share gn meera tapi meera satu story pun tk mahu bukak kt depan dia . hihi . biarlah semuanya meera simpan rapi . nak tahu tk ayat kt atas ny pun ada kaitan gn topik y kitorg bualkan . tapi y berapa tk best tu bila orang y ada kaitan gn ayat and topik kitorg tu adalah orang y sama y suka kt mmbe meera ny . fuhh . tk meera sangka y mamat tu still kejar dia lagi walaw pun dah tahu y mmbe meera ny dah ada y punya . pening kepala bila fikir pasal mamat ny . kenapa lr kaw nak kejar lagi walaw kaw tahu y org tu memang tk mahukan kaw . kaw memang kepala batu kan . angin emosi kaw pun selalu sangat berubah . kalaw perempuan tu tk apa lr jugak emosi tk menentu , tapi kaw tu lelaki . apa pun tk boleh .

kita balik semula pada topik ayat kita y kt atas tadi yerr .
sekarang ny kan cuti sekolah , jadi mmbe meera pun balik lr rumah . ofcoz lr balik rumah masa cuti ny , kalaw tk nk p mana lagi . borak punya borak , dia mention aa pasal mamat ny . mmbe meera kata mamat ny mesti excited bila dapat sms or call dari dia ny . woow , biar betul . then dia cerita lagi y bila dah dapat sms or call dari mmbe meera ny , mamat tu mesti inform kt kakak saudara mmbe meera ny . then kakak saudara mmbe meera ny akan cerita balik kt mmbe meera ny .

dah jelas sangat y mamat tu still mengharap kt mmbe meera ny . still syok kt mmbe meera . maybe dia terlalu suka or obses kt mmbe meera ny kot . susah ohh kalaw orang da obses gn kita . sekarang ny meera tk tahu sama ada mamat tu akan kejar dia sampai bila entah . jangan nanti kalaw mmbe meera tu da nikah and jadi bini orang , mamat tu masih kejar dia sudahh . da macam tk ada bunga lain dah y dia nak hinggap . apa pun tk boleh aa mamat ny . ish .. ish .. ish ..

kekadang tu bila fikir balik , kesian pulak kt mamat tuhh . opps , lupa mahu kasi tahu y mamat tu sebenarnya ex-boyfriend mmbe meera ny . hihihi . tapi , kalaw dah orang tk mahu kenapa masih kejar lagi ? cuba" lr carik orang lain ker ini tidak , orang dah buang kamu , kamu masih lagi mahukan dia . nak buat mcm mana kan , dah sikap dia mcm tuhh .. huhuhuhh

|^ kalaw boleh , cari lr orang lain sebagai ganti , tk usah lr kejar orang y tk sudi ^|

Saturday 17 December 2011

maafkanlah ^^

jika matamu memandangku
ringankanlah kakimu pergi dariku
jika bibirmu terpaksa senyum padaku
relakan mukamu berpaling dariku
jika susah untukmu melupakan kesilapanku
senangkan lidahmu untuk menghinaku
agar dirimu memaafkan diriku

meera pernah kasi ayat ny pada semua orang y meera sayang . meera pernah bagi pada sahabat , kawan" , dan jugak abang angkat meera . [ utk abg agkt meera : kaw ada dapat mesej ny dari aku kan sebelum ny . mesej aku mintak maaf . aku tk tahu lr sama ada kaw masih simpan atau tidak mesej tu . y pasti aku betul" maksudkan mesej tu sekarang . mungkin mesej tu adalah mesej terakhir y aku bagi pada kaw . kalaw janji y pernah kaw buat dulu pada aku , mungkin aku tk ada masa kaw tunaikan janji tu . jadi , buang jelah janji y pernah kaw buat dulu . aku tk akan tuntut wlw aku ada masa tuu . mesej ny meera tujukan pada abg agkt meera ]

mesej ny meera tk bagi pada family meera pun . sebab .. meera pun tk tahu kenapa ..
kenapa ek akhir" ny meera asyik cerita pasal abg agkt meera jee .. entah lr meera pun tk tahu kenapa ..

sejak akhir" ny meera selalu mimpi n khayal y meera masuk ICU , opps , bukan icuincourt eh .. tapi wad kecemasan kt hospital . benda ny selalu meera bayang tiap masa . mcm tk lama lagi meera da tk ada kt sini . why . i dont know . eemm .. meera tertanya" apa mimpi n khayalan meera tu akan jadi kenyataan ke .. atau mungkin apa y meera bayangkan tu cuma perasaan meera aje . kalaw benda ny jadi kenyataan , apa akan jadi yerr .. kenapalah sejak kebelakangan ny meera asyik fikir mati jee . apa dah tk ada benda lain ke y meera nak fikir .. tapi .. entah kenapa meera suka pula bila fikir soal mati ny . kekadang fikir soal mati ny bagi meera semangat . semangat utk bangun dari kesilapan y meera selalu buat . 

senangkan utk kita buat kesilapan . tapi payah utk kita mintak maaf . kenapa .. lagi susah utk orang memaafkan kesalahan y pernah kita buat pada  mereka . betul kan ? setiap kesalahan y kita buat tu akan bagi kesan pada diri individu . kesan y dalam sehingga payah utk dimaafkan . kenapa payah utk kita memaafkan orang sedangkan nabi sendiri ampunkan umat apatah lagi kita ny cuma manusia biasa y tk miliki apa" keistimewaan seperti nabi ..

meera terfikir , apakah setiap manusia itu wajar mohon maaf atau pun pikul kesalahan y dibuat oleh orang lain dan dengan tidak semena" diri sendiri dipersalahkan .. mungkin sesetengah daripada kita payah utk percaya bahawa manusia sebenarnya payah utk memaafkan dengan ikhlas dan mohon maaf serta insaf atas kesilapan y pernah dilakukan . rata" manusia sekarang ny tidak mudah utk mohon maaf dengan rela hati serta lebih gemar berpura" ketika memohon maaf . keadaan ny berlaku pabila manusia mahu mengulangi semula perbuatan y lalu . kemudian mohon maaf semula kepada mereka y telah memaafkan kesalahan y lalu . maaflah , mungkin ayat meera ny berpusing" utk kalian baca .

dan .. ada sesetengah dari kita y sanggup ketepikan ego sendiri semata" mahukan kemaafan .. kan elok sekiranya diri kita sebegitu rupa . pinggirkan keegoan diri ketika mohon kemaafan dari seorang insan y bernama manusia . cuba kita renungkan , apa kita sudah cukup hebat pada masa kini tatkala tanpa kita sedar bahawa kita telah pun melakukan suatu kesalahan y tidak pernah kita duga selama ini . barangkali kita tidak sedar semua itu . jadi , renungkanlah dan muhasabah lr diri kita sendiri sebelum terlambat [ wahh , ayat meera lain bebeno ny . apa sudah jadi meera oii , hihihi ]

apologizing .. does not mean you are wrong and the other person is right . it just means you value your relationship more than your ego ..

|^ kita tk pernah lari melakukan kesilapan , alangkah indah jika kita mudah memaafkan orang lain ^|

Wednesday 14 December 2011

dendam bawa banyak sengketa
dendam bawa banyak kemudaratan pada kita
dendam bawa kemusnahan dalam hidup manusia y berdendam
dendam salah satu mainan syaitan utk buat manusia binasa di dunia ini

kenapa meski berdendam dalam kehidupan manusia ? apa kita tk tahu akibatnya berdendam sesama manusia ? hanya sengketa , kemudaratan dalam hidup y akan kita dapat . suatu kesusahan y tk sudah jika kita berdendam . manusia memang payah utk diramal .

apabila seseorang melakukan suatu kesalahan y tk mungkin dimaafkan oleh kita , kita pasti akan menyimpan dendam terhadap dia . sekiranya kita punyai dendam dalam diri , kita akan cuba utk membalas semula kejahatan y penah dilakukan oleh orang lain kepada kita . kenapa masih terjadi ?

payah utk ditafsirkan . kebiasaannya , suatu pergaduhan y berlaku , segala pembunuhan y terjadi di negara kita kebanyakannya berunsurkan dendam semata-mata . kebanyakan manusia rela membalas segala kejahatan y orang lain lakukan kepadanya . selepas dendam terbalas , kita akan merasa puas . tersenyum pabila melihat seseorang itu tersungkur jatuh dalam hidup . mereka y tamak sanggup lakukan sehingga begitu sekali .

orang y berdendam biasanya akan membalas dendamnya kepada mereka y khianat dan tidak setia malah tidak amanah . maka orang y mcm tu akan dapat balasannya . orang selalu ingatkan kita 'buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali . setiap perbuatan itu akan dapat balasannya ' . jadi , dalam kehidupan kita tk seharusnya lakukan perkara y negatif . namun kadangkala kita akan tersilap langkah pabila terlalu berhati-hati dengan apa y kita lakukan dalam hidup .

sifat manusia y menyimpan dendam ini negatif dalam kehidupan seharian . tapi , manusia kini lebih rela menyimpan lalu membalas dendam y terbuku dalam hati . itu suatu sifat y tk boleh kita bawa dalam hidup . sifat itu akan menjejaskan kebaikan y penah kita lakukan sebelum ini . sia" saja kita berbuat baik terhadap orang sekiranya kita mudah berdendam dengan setiap perbuatan mereka y tidak disenangi oleh kita .

kerana dendam juga boleh menyebabkan hidup seseorang itu musnah . kerana dendam juga boleh menyebabkan manusia sanggup membunuh saudara sendiri . kerana dendam juga boleh menyababkan banyak persengketaan berlaku . kerana dendam juga menyebabkan manusia saling bermusuhan . kerana dendam juga menyebabkan masyarakat berpecah belah dan tidak bersatu demi keamanan negara .

|^ bersifat dan berfikir positif lr dalam hidup ^|
kosong hidupku tanpa mu
cermin ku membayang bayanganmu
pameran kasih ku layu
tiada dirimu tiada untuk diriku
tinggalkan ku dalam angan mu
sakit ku mencintaimu
derita ku merinduimu
lemah hati menginginkanmu

lirik lagu 'PERGILAH AYU' ny sesuai untuk adek angkat meera . tapi lirik lagu ny pun sesuai utk sesiapa y ditinggalkan oleh mereka y disayangi . maksud meera someone special lr . mcm adek angkat meera tu jugak . mesti perit kan hati bila dikecewakan . kasihan ~ . hehe . jahat kaw meera . 

sebenarnya , lirik lagu tu ada kena mengena sikit gn teman meera . teman y penah jadi penasihat meera sebelum 'abang angkat' meera . hal ny betul" jadi taw . so , meera nak share ler utk sesiapa y sudi baca catatan meera ny .

teman meera ny hitam manis kulitnya , baik hati , bertanggungjawab , pemaaf , dan positif orangnya . sebenarnya banyak lagi tapi itu je y meera tahu tentang dia . dulu , kitorg rapat . semua y meera buat mesti ada dia . kiranya dulu dia ny kembar meera lr . study pun sesama . urmm

then , kitorg mintak lr tolong senior lelaki ajar math utk kitorg ambil PMR nanti . tup" , meera dapat tahu y senior tu suka kt teman meera ny . woww . tk caye meera . hahaha . y best nya , senior meera ny someone y suka senyum . lagi" bila jumpa orang y kenal gn dia . hihi . boleh tahan aa senyuman dia tu walaw tk menawan langsung . hahaha . maaf senior .

then , teman meera ny cerita kt meera y senior ny suka kejar dia . faham kan maksud nya ? meera terfikir , mungkin senior meera ny da obses gn teman meera ny . bahaya lorh kalaw orang obses gn kita . especially kalaw y obses gn kita tu lelaki . bahaya sesangat . teman meera cerita y senior tu sanggup tunggu teman meera ny sampai berapa tahun lagi pun tk apa . kalaw tk silap meera teman meera kata gitu aa . kesian temanku itu . hihi . 

sampailah temanku tu pindah ke asrama . kt sana pun ada jugak y kejar dia . kesian dia . banyak sangat pilihan kt depan mata . cuba jadi macam meera ny , tk ada pun y nak kejar . hehe .  pastu , meera dapat tahu y dia couple gn sorg budak ny . teman kata budak tu baik . then meera tengok budaknya pun , ok lr jugak . tk lr handsome , tk lr tinggi sangat , boleh lr and sesuai lr utk teman meera ny .

tapi , kesian jugak senior meera ny , dia tk jadi pilihan temanku ny . tapi , tk lama lepas tu meera dapat tahu y senior ny jugak dah ada orang lain . fuhh . cantik jugak kakak tu . tapi sayang , disebabkan meera , dyorg tk lama . masa tu meera tk sedar pun y apa meera buat tu menyebabkan dyorg putus . tapi , senior meera ny langsung tk salahkan meera walaw sikit pun . memang aa mula" dia marah kt meera . then keadaan da reda . dia salahkan diri sendiri y jadi sebab kenapa dyorg putus . masa tu meera rasa bersalah sesangat . kenapa lr meera buat mcm tu kt senior meera y selalu ambil berat tentang meera .

teman meera pun da gembira gn hidup dia . tapi senior meera tu .. meera sendiri tk tahu senior mcm mana sekarang . mungkin satu hari nanti senior akan jumpa tulang rusuk senior y paling cocok . dan masa tu , senior akan lupa y senior penah suka n sayang pada temanku . semoga berjaya dalam hidup and bahagia selalu senior .

|^ harap" lepas senior keluar dari SMKYP senior akan ingat pada junior semua ^|

Sunday 11 December 2011

^__^

semalam si dia datang rumah meera . bukan sekadar datang tapi tidur kt sini . mcm mana ek si dia boleh tidur rumah meera ..? eemm ..
susah la kalaw meera selalu panggil bf meera ny si dia je . apa kata panggil je si dia ny melv . nama y sahabat meera beri utk si dia ny . sedap juga nama tu kann . eem , ok . kita terus je cerita mcm mana melv boleh tidur kt rumah meera ny .
semalam pukul 8.23 malam meera dapat panggilan telefon dari nombor melv . pelik juga meera tiba" je melv call malam" sebab meera da lama tk dapat panggilan dari melv . rindu aa juga . hihi .
masa meera jawab call melv tu , suara melv lain sgt . meera ingatkn suara melv tapi rupa"nya kamil y call meera . maknanya dia guna phone melv la ny . kamil tanya sama ada meera boleh tolong melv tk . meera tanya aa tolong apa . rupanya melv nk tumpang beradu kt rumah meera . kamil kata y melv nk balik dari kl malam tu tapi mungkin melv sampai yp lewat malam jadi melv takut aa nk balik rumah dia kt kangar . jauh wey , dah tu sepanjang jalan tu ada la kawasan pkuburn . disebabkn takut ada y tumpang dia masa balik nanti , dia nak tumpang tidur rumah meera .
nasib baik family meera izinkan melv tidur kt rumah . kalaw tidak , kesian sayangg meera . hihi . melv sampai kt rumah hampir pukul 12 pagi . woww , lewat malam siot . tapi tk apa . sebab bakal abang ipar meera pun tumpang tidur kt rumah malam tadi . abang meera nk jemput melv datang rumah tapi melv tk mahu pulakk . jadi melv datang sendiri aa naik motosikal dia .
lepas borak" gn bakal abang ipar meera n kakak meera , barulah dyorg masuk dalam . tk lama mana pun . lepas masuk tu kakak meera pulak nk tengok vcd . so meera , melv n adek meera pun join lah tengok sekali . nk dekat pukul 1 pagi , barulah meera gn melv masuk tidur . opps , bilik asing" yee . melv tidur kt bilik abang meera . meera tidur aa kt bilik sendiri . tapi meera tk boleh tidur pulak . mata tk mahu lelap . jadi , hampir pukul 3 pagi barulah meera boleh tidur . itu pun tk lama sebab abah meera pulak buat bising . jadi meera hanya dapat tidur tk sampai 2 jam pun .  kesian kan meera . huhuhu
lepas langit cerah sikit je , abah gn meera borak" kt belakang rumah . dalam pbualn kitorg tu ada ke patut abah kata 'dia tu nk jadi menantu aku ke . tk ada hal . boleh je .' fuhh , abah ny bagi lampu hijau terus . meera gelak je bila abah kata gitu . cuma mak meera je y nampak mcm tk suka kt melv tuhh . mak meera tk mesra langsung gn melv . hurmm . tk apa lar . sekarang ny family meera dah kenal melv , so tk ada lar meera nk hide kan dia lagi  sebab semua da tahu pun tentang dia .
lepas borak gn abah meera , meera jalan" jap gn melv . ala , cuma sekitar sini je . tk pergi mana pun . masa tu semua masih diulit mimpi lagi . y da bangun cuma meera , melv n abah . then sarapan jap . bukan meera y buat sarapan tapi mak meera y buat utk kitorg . hihihi . pedas juga nasi goreng mak meera ny . pada mulanya melv segan taw nk makan . lepas meera siap makan je meera paksa dia makan . hihi . meera tk jahat kann . cuma mak meera je y dingin gn melv . y lain ok je .
lepas sarapan , nak hujan taw . n melv pun kata y dia nk balik . tapi meera tahan dia jap . ajak dia jumpa abah meera y tengah pancing ikan kt parit . masa tu da hujan renyai" taw tapi meera ajak jugak dia pergi tempat abah . lepas tuh , baru meera lepaskan dia balik . sebelum melv balik kan , melv bagi meera present . kali ny da masuk 2 kali melv bagi meera present tapi meera tk bagi dia apa" pun . kesian kan melv . tapi tk apa . nanti ada masa meera pergi aa carikan melv present pulakk . hihi . tunggu taw present dari meera .

|^ melv ada jugak ajak meera pergi rumah dia , katanya jumpa mak dia . meera kata nanti larr . hihi . segan sebenarnya itu y bagi alasan y tk berapa nk best ^|

Saturday 10 December 2011

sifat bulan april ^^

setiap orang ada sifatnya masing" . meera pun tk ketinggalan . meera ny lahir bulan april . cantik kan nama bulan tuh ? hihi . meera suka dgn bulan april ny . mcm tu juga dgn sifat meera ny . nak tahu tk sifat orang y lahir bulan april ny mcm mana ? baca la ayat meera y kt bawah ny . then korang akan tahu serba sedikit tentang diri meera ^^
  • sangat aktif dan dinamik [betul ke ny , mcm tk percaya je]
  • cepat bertindak buat keputusan tapi cepat menyesal [ sama je mcm meera , hehe ]
  • sangat menarik dan pandai menjaga diri [ adalah sikit ]
  • punya daya mental y sangat kuat [ hebatt , hihi ]
  • suka diberi perhatian [ betul ke , adalah jugakk ]
  • sangat diplomatik(pandai memujuk) [betul ke meera ny pandai pujuk org ]
  • berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang [ adalah sikit" ]
  • sangat berani dan tiada perasaan takut [ woww , berani ke . tgk cite hantu pun takut ]
  • suka perkara y mencabar , pengasih , penyayang , sopan santun dan pemurah [ segannya meera ]
  • emosi cepat terusik [ pendam jelahh ]
  • cuba kawal perasaan [ emosi da terusik , cover la pulak , jgn sampai org nampak , hihi ]
  • kecenderungan bersifat pendendam [ memang tk dinafikan ]
  • agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan [ selalu jadi ]
  • kuat daya ingatan [ boleh ingat tk apa meera makan semalam ? ]
  • gerak hati y sangat kuat [ sesuatu tu akan jadi betul" ]
  • pandai mendorong diri dan memotivasikan orang laen [ pandai ker ]
  • berpenyakit disekitar kepala dan dada [ selalu je saket kebelakangan ny ]
  • sangat cemburu dan terlalu cemburu [ woww , lagi" bila si dia cerita psl girl dgn meera ]
sebanyak sedikit apa y tertulis tu memang ada pada meera . memang tk dinafikan larr . inilah sifat orang y lahir bulan april ny . hihi , jangan cemburu ye dgn mereka y lahir bulan april .

|^ meera akan cuba perbaiki kelemahan y ada pada meera selama ny , chill sudahh ^|