Wednesday 14 December 2011

dendam bawa banyak sengketa
dendam bawa banyak kemudaratan pada kita
dendam bawa kemusnahan dalam hidup manusia y berdendam
dendam salah satu mainan syaitan utk buat manusia binasa di dunia ini

kenapa meski berdendam dalam kehidupan manusia ? apa kita tk tahu akibatnya berdendam sesama manusia ? hanya sengketa , kemudaratan dalam hidup y akan kita dapat . suatu kesusahan y tk sudah jika kita berdendam . manusia memang payah utk diramal .

apabila seseorang melakukan suatu kesalahan y tk mungkin dimaafkan oleh kita , kita pasti akan menyimpan dendam terhadap dia . sekiranya kita punyai dendam dalam diri , kita akan cuba utk membalas semula kejahatan y penah dilakukan oleh orang lain kepada kita . kenapa masih terjadi ?

payah utk ditafsirkan . kebiasaannya , suatu pergaduhan y berlaku , segala pembunuhan y terjadi di negara kita kebanyakannya berunsurkan dendam semata-mata . kebanyakan manusia rela membalas segala kejahatan y orang lain lakukan kepadanya . selepas dendam terbalas , kita akan merasa puas . tersenyum pabila melihat seseorang itu tersungkur jatuh dalam hidup . mereka y tamak sanggup lakukan sehingga begitu sekali .

orang y berdendam biasanya akan membalas dendamnya kepada mereka y khianat dan tidak setia malah tidak amanah . maka orang y mcm tu akan dapat balasannya . orang selalu ingatkan kita 'buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali . setiap perbuatan itu akan dapat balasannya ' . jadi , dalam kehidupan kita tk seharusnya lakukan perkara y negatif . namun kadangkala kita akan tersilap langkah pabila terlalu berhati-hati dengan apa y kita lakukan dalam hidup .

sifat manusia y menyimpan dendam ini negatif dalam kehidupan seharian . tapi , manusia kini lebih rela menyimpan lalu membalas dendam y terbuku dalam hati . itu suatu sifat y tk boleh kita bawa dalam hidup . sifat itu akan menjejaskan kebaikan y penah kita lakukan sebelum ini . sia" saja kita berbuat baik terhadap orang sekiranya kita mudah berdendam dengan setiap perbuatan mereka y tidak disenangi oleh kita .

kerana dendam juga boleh menyebabkan hidup seseorang itu musnah . kerana dendam juga boleh menyebabkan manusia sanggup membunuh saudara sendiri . kerana dendam juga boleh menyababkan banyak persengketaan berlaku . kerana dendam juga menyebabkan manusia saling bermusuhan . kerana dendam juga menyebabkan masyarakat berpecah belah dan tidak bersatu demi keamanan negara .

|^ bersifat dan berfikir positif lr dalam hidup ^|

No comments:

Post a Comment