Thursday, 1 December 2011

minum kopi ada manfaat ^^

KOPI ..
  • kopi mengandungi vitamin spti niasin dan mineral(kalium dan magnesium) selain sebastian fenolik(polifenol) yg berfungsi sbgai antioksiden yg kuat .
  • kajian di Norway mengesahkan kopi sumber antioksiden penting dlm pemakanan seharian . antioksiden berfungsi melawan molekul berbahaya dlm tubuh yg dikenali sbgai radikal bebas .
  • radikal bebas menyerang dan merosakkan sel tubuh yg sihat dan menyebabkan penyakit spti katarak , jantung , kanser dan penuaan awal . tubuh menghasilkan antioksidennya sndri utk melawan radikal bebas ttpi lebih byk antioksiden diperlukan drpd makanan .
  • tubuh kita menghasilkan antioksiden dlm bentuk enzim , ttpi selebihnya diperoleh drpd makanan , termasuk beta karotena , vitamin C , vitamin E , selenium , zink dan sebastian fenolik dlm kopi . radikal bebas adalah molekul tdk stabil yg dihasilkan sbgai produk sampingan melalui proses semula jadi dlm tubuh apabila sel menggunakan oksigen utk menghasilkan tenaga .
  • penghasilan radikal bebas ini terus meningkat akibat amalan diet tinggi lemak , pendedahan kpd radiasi ultraungu matahari , pendedahan kpd bahan pencemaran alam sekitar spti asap kenderaan atw rokok dan tekanan .
  • utk kesihatan yg baik , harus ada keseimbangan antara radikal bebas dan antioksiden dlm tubuh . jika radikal bebas melebihi antioksiden dlm tubuh , ia mungkin berlaku kanser , penyakit jantung dan katarak .
  • pengambilan kopi secara sederhana membawa manfaat kesihatan tertentu . kini , semakin byk kajian mencadangkan pengambilan kopi mungkin dpt mengurangkan risiko beberapa penyakit kronik , termasuk diabetes , Parkinson dan penyakit hati .
  • ramai beranggapan kafein tdk baik dlm kopi padahal ia bahan semula jadi dlm daun , biji dan buah drpd lebih 60 jenis tumbuhan di dunia contohnya biji kopi , koko dan daun teh .
  • kemampuan kopi merangsang sistem saraf utama dan kepekaan sesetengah individu terhadap kesan kafein mengakibatkan kopi diberi tanggapan negatif . kajian mendapati pengambilan kafein secara sederhana(300 miligram sehari atw tiga cawan kopi) adalah selamat utk org dewasa yg sihat .
  • kafein mempertingkatkan prestasi mental dgn menambahkan tumpuan dan ketangkasan serta membantu mengatasi kelesuan .
  • bagi penggemar kopi nyahkafein , usah risau kerana anda masih menikmati jumlah antioksiden yg sama .
|^ yg tk suka minum aer kopi tu , cube2 lah minum yerr ^|

No comments:

Post a Comment